Monday, April 27, 2009

BERITA KEPADA KAWAN

Umur kakak 8 tahun dan umur adik 6 tahun. kalau di singkap cerita 8 tahun dulu, banyak sungguh yang nak diceritakan. tapi ada ke orang nak tahu?.

Aku sememangnya tak mahu orang yang membaca blog ku ini dibuai kesedihan. betul ke ayat ni?. dan sememangnya itu tekad ku mula-mula menubuhkan blog ini. tujuan blog ini dibuat hanya untuk berkongsi cerita dan pengalaman walaupun aku bukan pandai menulis. bukan hipokrit tetapi inilah hidup ku, suami dan anak-anak sememangnya membuatkan aku gembira dan seboleh-bolehnya kami mahu menikmati hidup yang dipinjamkan oleh Allah ini dengan sebaik-baiknya.

Dipendekkan cerita semasa kakak berumur 4 bulan doktor memberitahu yang kakak CP . aku dan suami cuma kata "oh ok......". sampai doktor pakar kanak-kanak tu pun hairan. doktor tu kata you berdua tak terkejut ke?. Kami cuma kata kami dah bersedia untuk apa pun. Mungkin kerana masa tu kakak tersangat tembab dan sihat jadi aku tak berapa nampak apa yang akan aku lalui ditahun-tahun yang mendatang. Alahamdulillah masa tu aku tak langsung menangis. Syukur kerana suami yang memang keras hati dan sedikit sebanyak terkenan juga kat aku.

Bila kakak berumur satu tahun lebih, kakak menjalani rawatan di Hospital Universiti (PPUM). Pernah kami duduk di hospital selama 1 bulan dan pada masa tu aku sarat mengandungkan adik. Pada masa tulah setelah semua pemeriksaan dan ujikaji dijalankan kakak disyaki menghidap "MITOCHONDRIAL DISEASE". Di ringkaskan doktor menerangkan apa mitochondrial disease ini; sejenis penyakit yang menyebabkan sel tenaga tak berfungsi (diringkaskan) dan semestinya penyakit ini tak ada ubatnya. Punca tak tahu doktor kata. tapi banyak kes berpunca dari ibu. oh ok... dan doktor kata potensi jangka hayat kakak hanya bertahan selama 3 tahun aje. oh ok.... tak nangis lagi.... doktor kata kena tahan wad ni untuk pemeriksaan selanjutnya. untuk pengetahunan semua kakak dah mula mengalami susut badan kerana selalu diserang jangkitan kuman diparu-parunya. masa tu kami duduk di kuala lipis pahang.

Bila naik ke wad aku mula terpikir cakap-cakap doktor tu tadi. aku mula diserang kesedihan. bila adik beradik aku datang melawat pada hari tu kerja aku menangis. tapi atas nasihat dan kekuatan yang ditunjukan oleh suami aku hanya menangis pada hari itu saja. selama sebulan duduk di hospital yang dah jadi rumah tangga kami dengan perut yang sarat mengandung 8 bulan aku di beri kekuatan oleh Allah yang tak tahu macam mana nak ku ceritakan dengan kata-kata. bermula pada saat itu aku telah bertekad di dalam hati aku mesti redha, ini bahagian aku.

Alhamdulillah bila aku bersalinkan adik, adik tak menangis. Dan aku tahu adik speacial baby. ok no problem. Aku pernah dimarah oleh nurse pada hari pertama aku melahirkan adik ini kerana aku bertanya pada seorang nurse yang kebetulan kenalan ku. Aku cuma tanya apa kisah sambungan cerita drama (bersiri) yang aku terlepas sebab tak sempat nak tengok. Nurse yang seorang ni tiba-tiba naik angin dengan aku; "anak awak macam tu awak masih ingat drama, tak risau ke?". aku dengan spontan cakap "awak nak suruh saya menangis meraung ke?".

Dulu masa kakak masih bayi ada juga kami bertanya-tanya, nanti kalau kakak dah umur 7 tahun macam mana ya..?. dan sekarang kakak dah berumur 8 tahun dan aku pun tak sedar yang aku telah melaluinya. Sebenarnya benarlah kata suami, kita tak payah pikirkan sangat macam mana, bagaimana, kalau, etc.... Kita lalui aje. Jangan peningkan kepala dengan memikirkan benda yang kita tak nampak. kemungkinan akan datang pekara ini menjadi lebih mudah atau sebaliknya. jadi bersedialah dari segi mental dan spritual. Kalau difikirkan dan dilayan perasaan silap-silap kita dapat darah tinggi, kalau sakit siapa nak jaga anak kita....

Jadi sehingga hari ini aku menjalani hidup yang sangat berwarna-warni. baru kita tahu yang mana saudara dan sahabat yang sanggup susah senang. Ramai sahabat yang telah menjadi saudara. kawan-kawan yang entah dari mana datangnya membantu dengan berbagai-bagai bentuk bantuan. Baru ku kenal erti keikhlasan dan kejujuran.

Selalu ku ingatkan diri ini ; kalau aku susah ada orang lain lagi susah. melihat itu aku amat bersyukur dengan kurniaan NYA. Mungkin kerana perjalanan hidup ku dari kecil yang kehilangan bonda tersayang; meninggal ketika berumur 10 tahun dan selepas itu menumpang kasih dengan nenek dan selang 3 tahun kemudian nenek pula meninggal dan selepas itu bermulalah kehidupan yang telah mengajar aku erti berdikari dan membuatkan diri ini lebih kuat mengharungi cabaran dan dugaan dari segi mental dan fizikal.. Insyaallah.

Dan sesungguhnya ADA YANG MANIS UNTUK DIKENANG. Bersyukur kerana aku dapat merasa bagaimana mengandung 9 bulan, bersalin, menyusukan anak dan berjaga malam seperti ibu-ibu yang lain..... berbanding mereka yang tak pernah merasa itu semua. Pernah seorang jururawat dihospital kuala lipis yang telah berbelas tahun kahwin tapi belum lagi di kurniakan cahaya mata bercakap pada ku " sham, awak beruntung dapat melalui ini semua, akak berdoa dapat anak cacat pun tak apa asalkan kakak dapat merasa pengalaman mengandung, melahirkan dan dapat menyentuh kulit anak sendiri......".

Suami selalu berpesan jangan terlalu bermain dengan perasaan. Bila perasaan di buai dengan kesedihan pada masa itulah kita akan mereka-reka cerita. Satu pesan suami REDHA jika kita benar-benar menerima ketentuan ini jiwa akan tenang. Alhamdulillah walaupun kadang-kadang sedih bila anak sakit tapi aku cuba tidak membiarkan perasaan ku menguasai diri.

Mari kita semua RAIKAN HIDUP ini!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Saturday, April 25, 2009

TOLONG SAHABAT INI!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

BERIKANLAH BANTUAN ANDA KEPADA CHE NAT. KASIHANILAH KELUARGA INI.

oleh : kassim selamat

Sekeping Roti & Sebuku Hati

>> Thursday, April 23, 2009


Selepas saja solat Isyak, kesemua kipas dan lampu terpadam. Blackout!. Gelap dan gelita. Satu suasana yang jika boleh aku mahu hindari. Perlahan-lahan terasa tilam anginku mengempis. Perlahan-lahan juga bahang panas dan rasa pijau menyelubungi rasa. Haba terperap tak mampu lari.

Dalam kegelapan, aku 'ON' kan laptopku yang berbekalkan kuasa bateri. Cukup untuk bertahan bagi tempoh dua jam.

Untuk menenangkan perasaan resah dan gelisah, surah At-Taubah kuperdengarkan dari corong laptopku. Moga dengan mendengarnya rasa panas dan gelisah tadi dapat kulupakan.

Bertemankan cahaya lilin dan cahaya dari laptop, sempat juga isteriku menyuapkan kumakan roti gardenia bercicahkan sambal tumis ikan bilis. Sekadar untuk melupakan seketika tentang kepanasan.

Sambil roti gardenia kujamah, teringat aku akan Che Nat. Aku pasti jika dia boleh bersuara pasti perasaan resah yang sama akan di luahkan. Sesungguhnya, agak terseksa juga bagi kami yang terlantar di atas katil bila setiap kali bekalan elektrik terputus.

Pun begitu aku lebih bernasib baik dari Che Nat. Aku masih mampu bersuara. Dan masih mampu menelan makanan walaupun dalam kegelapan.

Che Nat makan melalui tiub yang di salurkan ke perutnya

Masih ingat lagi entriku tentang Che Nat? Pemuda berumur 19 tahun yang telah dibelasah teruk sehingga koma dan hilang ingatan. Kini telah setahun berlalu. Tiada banyak perubahan pada Che Nat. Dia masih koma dan tidak sedarkan diri.

Terima kasih kepada sahabat² yang telah menyiarkan kisah Che Nat di blog masing². Kepada yang ingin membantu dan mungkin belum mengetahui tentang kepayahan keluarga Che Nat boleh baca di sini.

Mari bersama kita ringankan beban keluarga Che Nat dengan apa jua bentuk bantuan.

Semoga Allah merahmati budi baik dan sumbangan saudara².

TERIMA KASIH

ALHAMDULILLAH dan TERIMA KASIH atas doa semua. Adik dah keluar hospital pada hari isnin dan diikuti oleh kakak pada hari selasa. maaf kerana tak update terlalu sibuk dengan kerja-kerja yang tergendala.

TERIMA KASIH kepada semua yang sudi menziarahi kami di wad. Pak Cik Aku, kawan-kawan babah auntie Ita dan Untie Azura dan pelawat kami yang tak disangka-sangka Adik Sara yang sangat comel bersama bondanya auntie Ita dan papanya Uncle Farid.

sekali lagi TERIMA KASIH banyak-banyak dari kami sekeluarga. semoga Allah memelihara kita semua.

Sunday, April 19, 2009

adik dan kakak masuk wad

adik masuk wad kerana jangkitan paru2 Jumaat lepas 17 April diikuti kakak petang Ahad 19 April dengan sebab yang sama..

makanya kami sekeluarga masuk wad kanak2 5A di Hospital Serdang..babah dan mama pun masuk wad sebab jaga kami ..apa punye turr!! hahaha!!!

- catatan oleh babah sewaktu pulang ke rumah sekejap sebab nak ambil baju!

Friday, April 17, 2009

ANAK AWAK KENAN

Anak awak ni KENAN!!!!!!!!!!!!. huish .... panas telinga kalau ada yang berkata begini kepada kami. lepas tu mereka-mereka ni akan mengesyorkan pada anda dukun atau bomoh atau ustaz, kata mereka "anak saudara; jiran; anak kawan etc... sama macam anak awak tapi bila dia pi berubat kat situ, sekarang dah boleh jalan", sebagai contoh ayat..... jadi apa kita nak jawab pada mereka-mereka ni ya.

penat nak layan. malas nak layan tapi kalau tak layan dikata sombong. nanti dikata pula dah ada anak macam tu pun nak sombong; tak sedar diri..... dan kalau tak jawab apa-apa rasa tak puas hatilah pulak, nanti bila sampai rumah tak habis-habis dok kata ngapalah kita tak jawab tadi....

untuk pembaca dan kawan-kawan jangan ikut saya dan suami nanti orang menyampah kat kita. saya dan suami ni memang pantang bab kenan-kenan ni. Jadi inilah 2 jawapan lazim yang akan kami berikan pada yang gatal-gatal mulut tu....

1. Iya memang anak kami ni kenan... DIPERKENANKAN OLEH ALLAH MENJADI AHLI SYURGA TANPA DI HISAB. ini bukan saja-saja cakap tetapi itulah doa kami semasa anak masih di dalam kandungan lagi.

2. tanya balik pada penanya yg berkenaan, "KENAN? KENAN APA, KENAN MONYET KE". maaf ini kasar sikit kalau berani bolehlah kalau tak jangan di buat-buat.

sombong dan kasar bunyinyakan. tapi saya rasa tak ada jawaban yang lebih baik dari itu. bukan apa kadang-kadang menyampah dah dengan soalan yang boleh MEROSAKKAN AKIDAH ni. jangan pelik kadang-kadang ada mak aji atau kakakbertudung labuh, pak cik atau abang yang dahinya lebam bertanyakan soalan yang mengarut ni. jangan buang masa berceramah dengan mereka sebab puak-puak ni susah nak di turning over.

ingatlah manusia itu sebaik-baik kejadian. suka saya berkongsi pendapat dan pegangan saya iatu.... KITA SEDANG, DIUJI OLEH ALLAH DENGAN UJIAN INI (ANAK ISTIMEWA), JADI JANGANLAH KITA BERPALING DARI NYA, JANGANLAH KERANA PERBUATAN KITA YANG SIA-SIA (percaya kenan) ALLAH MURKA PADA KITA DAN KESUDAHANNYA KITA TIDAK MENDAPAT REDHANYA".


Entry ini bukan untuk menunjuk pandai atau mengajar hanya untuk berkongsi cerita dan pengalaman. seperti kata saya di atas saya sedang di uji dan sesungguhnya TIADA DAYA UPAYA SAYA MELAINKAN DENGAN KUASA NYA. Setiap penyakit ada ubatnya dan janganlah berputus asa, asalkan tidak bertentangan dengan agama dan tidak merosakkan akidah berusahalah. fahami dulu apa penyakit dan kecacatan anak kita untuk mengelakkan kita melakukan pekara yang sia-sia.


Yang baik jadikan tauladan dan yang buruk jadikan sempadan. Wallahhuallam.

Monday, April 13, 2009

SPECIAL ENTRY

ALHAMDULILLAH HIRABBIL ALLAMIN.

Kakak dan 8th dan adik dah 6th. sepanjang itulah aku dan suami telah melalui berbagai-bagai pengalaman, dan pengalaman itulah yang mahu ku kongsi ruangan ini. kalau nak di tulis di sini mungkin tak akan habis-habis tapi harapan ku tulisan ini dapat menjadi panduan kepada pembaca di luar khasnya pada mereka yang mempunyai anak istimewa dalam mengharungi dan menghadapi meknah manusia yang tak faham atau kadang-kadang menyakiti hati kita. sesungguhnya cabaran dan dugaan yang kita harungi hanya Allah S.W.T. sahaja yang tahu

jangan harapkan tulisan ini akan menitiskan air mata atau menyebakkan hati anda kerana aku tak akan berbuat begitu sama sekali. di bawah ku perturunkan sedikit petua untuk anda semua.

1. Yang paling utama REDHA . Dan katakan pada diri kita bahawa inilah yang terbaik untuk kita. Aku selalu di ingatkan oleh suami bahawa "kita mungkin akan jadi manusia yang paling teruk kerana mempunyai anak yang bijak atau comel". Allah maha mengetahui apa yang terbaik untuk kita. Tidak salah menangis tapi jangan sampai kesedihan menguasai kehidupan. Ingatlah anak kita memerlukan kekuatan kita.

2. Suami dan isteri perlu duduk berbincang. Jangan ada salah menyalah walaupun di dalam hati kerana ini akan merosakan hubungan. dan ingatlah serta tanamkan di dalam jiwa kita bahawa anak kita faham apa yang terjadi. jangan sesekali bergaduh di depan mereka. Pasangan perlu lebih bertimbang rasa.

3. Luangkan masa. anak istimewa kita perlukan belaian dan perhatian 5 kali ganda dari anak-anak normal. Terangkan dan tanamkan pada diri anak-anak yang normal bahawa adik; kakak; abang mereka perlukan kita untuk membantu dan ini tanggungjawab orang yang sihat. sebenarnya tak susah contohnya kita boleh pangku anak kita sambil membaca blog, sambil nonton tv dan terpulang pada kreativiti kita.

4. kita akan berhadapan dengan keluarga, saudara mara dan sahabat handai yang tak peka langsung. kalau anda ada anak istimewa pasti anda faham apa maksud saya. jangan cepat terasa hati. biarkan pekara itu berlalu seperti angin lalu. memang cakap-cakap dan perbuatan orang yang tak peka ini amat menyakitkan hati.

5. dari segi makanan untuk anak istimewa, jgn takut untuk mencuba memberi resepi yang baru. kasihan mereka, saya selalu terjumpa kawan-kawan yang senasib, kadang-kadang anak tu dah berumur 10th masih diberi makanan yang sama, ingatlah mereka perlukan makanan yang seimbang dan berkhasiat. Mungkin di entry akan datang saya akan beri resepi dan cara-caranya. mereka pun nak makan sedap juga. Insyaalah.

6. Jangan simpan anak kita di dalam rumah. jangan sedikit pun ada perasaan malu atau susah. bawalah mereka keluar. berilah mereka peluang merasai nikmat kehidupan ini seperti orang yang normal. Jangan takut pada cuaca panas atau sejuk mereka perlu merasai ini semua. bawa mereka ketika pergi shopping, makan di restoran, pergi taman, mandi air terjun dan di mana saja, yang paling syok pi demo he, he, he.... tapi jangan tak percaya anak saya lebih seronok pi demo dan ceramah dari pi rumah orang kawin.

Sebenarnya banyak lagi tapi cukuplah setakat ini dulu. sesiapa yang ada idea boleh komen. saya masih belajar. Jika berkesempatan bagi sesiapa yang belum membaca SIRAH RASULLULLAH harapan saya dapatlah kiranya luangkan masa membacanya kerana terlalu banyak yang kita dapat pelajaran dari perjalanan hidup Baginda S.A.W.

Ingatlah kita sangat beruntung kerana di kurniakan oleh Allah S.W.T anak istimewa. pandang wajah anak kita maka sesungguhnya kita memandang seorang AHLI SYURGA. dan sesungguhnya sangat bertuahlah kita kerana diberi kesempatan untuk berkhidmat kepada seorang Ahli Syurga. Lapangkan dada dan ikhlaslah dalam segala perbuatan. oh alangkah indah dan bahagianya. Terima kasih Ya Allah.


-mama-

Monday, April 06, 2009

SELAMAT ULANG TAHUN ADIK YANG KE 6!


HARI INI 7HB APRIL 2009 HARI JADI ADIK AN-NUR YANG KE 6TH. SEMOGA ADIK SIHAT DAN CERIA SELALU.

MAMA - JANGAN BUAT GEMPAK MACAM HARI TU LAGI. MAMA LOVE YOU.

BABAH - Adik memang selalu bikin gempak sejak lahir lagi.. SELAMATKAN KAMI DUNIA AKHIRAT EKK?

KAKAK- Selamat menjaga kami pada waktu malam kih kih kih!

JEMPUT MAKAN KEK YAA, jangan malu-malu!!

Wednesday, April 01, 2009

adik dah keluar wad..

adik dengan fesyen gothic..ha ha!


adik dah keluar wad semalam, Selasa 31 mac..

terima kasih kerana mendoakan adik.

Allah berkati ke semuanya!